Kata-Kata Aluan

Selamat sejahtera.

Terlebih dahulu saya bersyukur kerana diberikan kekuatan untuk mencipta blog ini. Blog ini wujud supaya membolehkan saya meluahkan apa jua pendapat tentang komuniti pekak di Malaysia.

Sebagai orang kurang upaya bermasalahan pendengaran (pekak), saya ingin berkongsi pelbagai maklumat yang berkaitan dengan orang pekak seperti kisah-kisah kejayaan, kerjaya, pendidikan, masalah-masalah, isu-isu semasa dan sebagainya yang lazimnya berkaitan dengan orang pekak.

Sesungguhnya saya berharap blog ini mampu memberikan satu inspirasi yang tidak ternilai kepada warga komuniti pekak supaya mereka dapat berusaha untuk mencapai impian dalam kehidupan mereka. Hasil kejayaan tidak datang dengan mudah sekiranya kita hanya berangan-angan tetapi tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh. 

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda.

Yang ikhlas,
 CHAI YUN

Wujud pada 23.10.2010.